Semakin Hari samakin Kacak...hehe

Salam, sekarang genap lah umur aku 33 tahun pada 25 Nov 2010, 2 hari lepas, perghhhh...Semakin lama samakin kacak pulak aku rasa...heheh, gurau saja..satgi cakap aku masuk bakul naik lif pulak..ini semua hanya jenaka orang2 semakin tua mcm aku ni..tapi jangan lupa Manusia di dalam Syurga semua berumur 30-33 tahun tau...

Alhamdulillah dah 33 tahun aku bernafas atas bumi Allah ini, memang banyak pengalaman yang aku lalui, ada yg gembira dan ada yg duka..tapi itu semua aturan Allah, kita hanya menjadi hambanya yang perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa beriman.insyaallah Allah akan bagi yang terbaik untuk kita...dugaan itu semuanya asam garam hidup kita...jangan dengan dugaan yang sedikit kita terima, kita salahkan takdir, ramai manusia macam tu...jangan lupa semuanya datang dari Allah..Allah ada agenda yang tertentu untuk setiap hambaNya.

Macam ustad la pulak aku rasa..sebagai manusia kita harus buat yg terbaik, insyaallah..........
Antara gambar yang menjadi kenang-kenangan semasa hari pertama umur aku 33 tahun..
aku bawak family p Midvalley, makan2 selepas balik dari kerja.......hari tu..







About zahud

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments :

Post a Comment