RAYA HAJI 17 NOV 2010

Salam dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, fuhh..dah masuk raya ke 4 dah hari ni..raya pun kena kerja jugak, nasib baik la aku kerja shift malam, so kira ok la jugak...tahun ni aku tak balik beraya kat kedah, parent aku yg datang ke KL, cuti 1 hari saja, bini aku pun cuti 1 hari jugak dia lagi lah susah pasai cuti dia dah habis utk tahun ni, bini aku dapat kerja kat HP jugak sama tempat dg aku HP Cyber Jaya start Disember ni, alhamdulillah senang sikit, kalau tidak dia kerja kat Exxon Mobil kat KLCC, jauh gila, aku pulak kerja kat Cyber Jaya, memang jauh la, so kami plan carikan kan kerja kat dia area cyber jugak senang.

Alhamdulillah dapat, satu office pulak tu..Raya pertama sebelah pagi hari tu kami buat makan2 kat rumah abg aku, sebelah petangnya aku p rumah parent Eryn makan kat sana pulak...kira makan sajalah hari raya tu kesian Hannah kami makan mcm2 dia layan Nestum,roti dg susu saja, tapi kekadang ada jugak benda2 lain bagi dia rasa sikit, hehe..lepas maghrib baru aku bertolak dari Damansara ke Cyber Jaya...kerja lagi..apa2 pun...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...




About zahud

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments :

Post a Comment