Assalamualaikum..lama tak berblog, topic kali ni aku nak sembang pasai media sosial yang pertama aku terjebak dulu iaitu MiRC. Zaman dulu Facebook, whatsapp, instagram, tik-tok semua takdak lagi time tu. Sapa yang tau MiRC tu maknanya dia orang lama lah. Tapi bagi remaja sekarang kebanyakanya tak tau pun ke wujudan media sosial yang bernama MiRC @ IRC, rugi-rugi. Legend tu MiRC.

Dulu penuh CC(cyber cafe) budak-budak duk main MiRC. Ada yang berborak dengan kawan-kawan baru dari seluruh dunia, borak dengan kawan yang study overseas, ada yang main flood channel, ada yang download mp3 dan ada yang bercinta dalam IRC sampai kawin. Antaranya kawan aku Fake||a dan Fe||ata.

Harga sejam main IRC dulu kebanyakanya dalam linkungan RM3.00 ke RM5.00. Penah aku jumpa sejam RM6.00 area SS15 Subang. Yang paling murah sekali CC aku pernah jumpa kat Aloq Setaq, belakang Restoran Bunga Raya area Tong Kang Yat. RM2.00 sejam tapi takdak aircornd lah, kedai tu guna kipas saja. Bepeluh melayan IRC kat kedai tu,.penuh sangat budak dalam tu, mana tak nya ada RM10 dah 5 jam dah boleh layan IRC kat situ. Panas tak panas, kira lain janji boleh online, hehe. Aku, Fake||a dg Blink182 selalu jugak port situ dulu.

Teringat dulu first time aku tau MiRC masa tahun 1997. Aku study kat ITM Dungun time tu, part 3. Senior aku Samsul, Gadap, Azriman dan Saili depa semua sambung Advance Diploma so depa duduk kat luaq ITM, aku budak diploma, duduk dalam hostel. So aku selalu lah p lepak kat rumah depa. Depa ada computer time tu. Selain guna computer untuk buat assingment depa kenalkan aku dengan MiRC dan ICQ. Perghhh, boleh kata tiap-tiap minggu hari cuti aku duk layan MiRC kat rumah depa dari malam sampai ke pagi. Hehe bill internet dulu aku pun tak ingat dah bayaq ka belum kat depa, kalau tak bayaq harap halal la ya sahabat-sahabat.

First server yang aku join dulu Undernet. Lepak #kampung, #kluang dan #jane&fren. Sempat  jugak la aku lepak kat CC budak-budak #kluang kat Stesen Bas Kluang dulu. Aku ingat lagi beberapa nick-nick depa, kebanyakanya start dengan nick "Dis", Disburung, Disguru dan owner CC Amir guna nick K0ygGEM0K. #jane&fren, channel student Malaysia yang study kat overseas, aku lepak situ pasai ada awek invite aku masuk situ dulu. Time tu bot kat undernet nick X,W dg COMOT. Syok-syok duk layan MiRC tiba-tiba server undernet user Malaysia semua kena ban ip pasai duk flood channel sangat kot aku rasa. So aku pindah ke server Dalnet sat. Kat Dalnet ramai duk main Nuke dulu. Pastu member-member cakap ada server baru Webnet depa ajak join Webnet so aku join lah server Webnet tu. Masa tu tahun 1998 tak salah aku.

First channel yg aku lepak kat server webnet dulu biasalah semua orang tahu #kampung. Adjust awek ah time tu. Nick OP #kampung awal-awal dulu yang aku ingat antaranya eXe||ence, Exchange dan miku. Channel-channel kecik yang aku lepak kat webnet dulu #jin&fren(owner aku) tempat kawan2 ITM aku lepak (sebelum adanya #psycho), #cyberkampung (owner eijam) dan #timetrex (owner Mama). Aku selalu lepak CC TimeTrex kat Cheras, ramai awek college datang CC tu. Time tu aku kenal Ace (owner #kekasih,#ace) dia kerja CC tu dulu.

Grad ITM 1999 aku masih lagi layan MiRC, time ni lagi sempoi, waktu tu ITM nak tukar nama jadi UiTM kawan aku Shah budak sama batch ITM dg aku dapat register #uitm kat Webnet so dia bagi aku jadi OP kat channel tu. Mula-mula tak ramai sangat lagi user, tapi bila tahun 2000 semakin ramai user. Memang top lah #uitm time tu, banyak student-student UiTM dan bukan student pun join #uitm tu, depa nak adjust awek-awek UiTM aku rasa, biasalah student-student UiTM kan cun2 dan tanpan2 hehe.

Antara Operator-operator #uitm yang aku ingat Shah@K, NumlockFuhren@abcdeath, Psycho,  AkieS, Fake||a, Blink182, Routers, CikNina, Ayu^Farisya, WildSnake dan banyak lagi. Aku sempat jadi OP #kampung dan #surau hasil usha hack pc IRCop dan guna access IRCop aku naik OP kat #kampung dengan #surau, bila OP lain check access aku normal user saja tapi boleh jadi OP. Cuma kat #kampung aku tak berani sangat nak naik OP takut kena Akill, pasai ramai IRCop duk jaga #kampung tu. Kat #surau memang aku selalu naik OP, sampai last-last sekali owner #surau (tak salah aku nama dia Abg Zam) bagi aku jadi OP channel tu. 

IRC dan Ghat(gathering) tak dapat di pisahkan. User-user boleh jumpa OP-OP dan lepak sekali. Time tu depa boleh kenal lebih rapat lagi. Sembang pasal channel, remote dan macam-macam. Aku penah join Gath server webnet kat KLCC, Gath webnet - dalnet kat dewan Cheras, Gath #surau kat KLCC. Gath #psycho kat Pulau Kapas Terengganu. Gath #cyberkampung kat Sunway lagoon, dan ada beberapa lagi. Kawan-kawan #psycho dan #cyberkampung memang sempoi-sempoi antara nick yang aku ingat join Gath kat Pulau Kapas dulu antaranya Archip, Sirkid, Ise, CikNina, Umi, lilRascal, Med, Atai, Cloud, Njusice4All, Disburung dan ada lagi yg aku lupa nick2 depa. Kebanyakannya depa  lepak CC Matrix dan Energy kat seksyen 7 Shah Alam dulu. Apa cerita depa semua yang lost contact ni sekarang ya?

Tahun 2005 aku dah slow sangat main MiRC, time tu aku focus kerja dan tak sempat nak layan MiRC. Sampai last sekali nick aku terdrop. Langsung tak ambik port pasai mirc, bz kerja dengan jaga studio jamming aku lagi. Cuma baru-baru ni aku teringat balik zaman kegemilangan MiRC, aku try check kat Play Store, handphone ada tak mirc? tiba-tiba memang ada. Aku try download app AndroIRC, masuk server webnet, tapi tak boleh join server. Try masuk Dalnet boleh, masih ada #kampung dan lain2. Terjumpa pulak nick abcdeath member lama #uitm kat server webnet dulu. Dia ajak masuk server WixChat. Server ganti webnet. Webnet dah takdak dah, owner server webnet dah rest in peace. So aku pun lepak kat server WixChat dengan member-member Webnet dulu.

Kalau hangpa pernah join webnet dulu sila-silalah join server wixchat. Command IRC sama macam webnet dulu. Server WixChat guna CR2 sama macam Webnet dulu guna CR2. Silap-silap hangpa boleh guna nick lama hangpa dan sama tarikh hangpa register nick tu dulu. Macam aku still guna nick lama aku dari 1999 masih boleh guna sampai sekarang.

Ramai user-user webnet port kat sini sekarang. Nak masuk server wixchat ni senang saja. Pilih salah satu cara dari 3 ni:

1. Boleh type kat google https://wixchat.org/ akan masuk ke website wixchat ni boleh usya website tu ada jual baju dan cendrahati atau terus nak chat click sini  https://kiwiirc.com/nextclient/irc.wixchat.org/kampung dia akan bawak hangpa masuk #kampung Wixchat. Senangja kan. 

(contoh web irc https://kiwiirc.com/nextclient/irc.wixchat.org/kampung)

2. Untuk Android dg Iphone user boleh download app AndroIRC. Dah download app Androirc cari setting click server pastu newserver masukan pastu bahagian address masukan irc.wixchat.org port 7000, masukan nick hangpa, settle.



(contoh AndroIRC server WixChat.org #kedah)

3. Sapa yang ada mirc atau irc lagi kat pc boleh type  /server crime.wixchat.org 7000 terus masuk server WixChat. Senangja kan. 

(contoh MiRC server WixChat.org #kampung)

Bosan-bosan kat office tu boleh try masuk tengok server Wixchat ni. Kebanyakannya channel-channel kat webnet dulu semua ada. Ada banyak link jugak kat server Wixchat ni antaranya irc.wixchat.org, crime.wixchat.org, apple.wixchat.org, java.wixchat.org, devil.wixchat.org dan banyak lagi. 

Antara yang best kat server ni, ada user seluruh dunia. Kebanyakanya dari US, Thailand dan Malaysia. Aku suka layan flood, so kat server ni ada #hardcore khas untuk test scripts. Sapa yang guna MiRC boleh test script kat channel ni. IRCop kebanyakanya orang Malaysia, US dan Thailand, depa tau user Malaysia memang suka layan flood so depa buat satu channel memang untuk main flood. 

Kalau nak try apply jadi IRCop pun boleh kat sini. Yang penting tahu command irc dan berkelakuan baik. Nak try? boleh rogger aku, nanti aku try adjust insyaAllah.

Panjang sangat dah aku rasa ni, insyaAllah nanti cerita topic lain pulak. Selamat semua.. Assalamualaikum.


Psycho 10:25 am 24/9/2021


About zahud

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments :

Post a Comment