Year of 2017


Aku dengan kakak aku kat hospital


Assalamualaikum, Alhamdulillah aku masih berblogging slow-slow, lama tak bercerita dalam internet ini, biasalah sibuk dengan kerja dengan business sekarang. Umur pun dah nak masuk 40 tahun hujun tahun ni, MasyaAllah sekejap saja rasanya. Aku minta umur yang Allah bagi kat aku ni, dapat aku guna dengan cara yang betul Insya Allah.

Hari ni 17/01/17, Aku bercuti hampir sebulan dari 29/12/16 sampai 22/01/17, pasai ada masaalah kesihatan sikit. Baru aku tahu, semakin berumur semakin banyak penyakit yang datang dekat kita, mungkin hangpa masih muda, jadi hangpa tak paham apa yang aku cakap ni. Nanti hangpa akan paham bila masa itu akan datang. Yang penting jaga kesihatan hangpa semua, makan jangan belebihan, jangan banyak gula, semua iklan kesihatan dalam TV tu memang berguna sebenarnya, cuma kita tak ambik port saja, so tolong jaga kesihatan hangpa ok.

Bosan jugak asik duduk kat rumah layan TV dengan Internet, nasib baik ada KODI buleh aku tangok macam-macam cerita. Hari isnin ni 23/01/17 baru aku masuk kerja untuk tahun ni 2017, perghh lama rasa aku cuti, taktau la, bising bos aku. Sepatutnya aku kena handle Committee Meeting antara syarikat aku dengan TM, tapi aku bercuti, mungkin depa buat minggu depan kot meeting tu, email invite pun aku tak dapat pasai meeting tu, harapnya macamtu la.

Aku cerita sikit pasai kerja aku ok. Syarikat yang aku kerja ini ada project Software dan Hardware dengan TM. Kami provide services tu kat TM, dan aku sebagai PM project tu, jadi banyak jugalah kerja yang aku nak kena handel berkenaan project tu. Jadi aku pulak bercuti lama sikit pasai masaalah kesihatan, aku taktau lah sapa yang buat kerja aku semasa aku cuti sakit ni, munkin Apak kot yang jaga project aku sementara aku bercuti. Kurang-kurang Apak tau juga pasai project TM ni. Takpa minggu depan aku dah masuk kerja Insya Allah semua benda masih "under control".

Uihh..Hujan lebat tiap-tiap petang sekarang, Ok, aku pun dah nak beransur, Insya Allah nanti aku akan storykan masa aku pi umrah tahun lepas dengan family, memang tak dapat dilupakan lah, dah lama dah aku nak storykan kat sini cuma banyak sangat benda menarik kat sana sampai yang mana satu aku nak start dulu pun aku tak tau. Insya Allah, tunggu aku akan storykan kenangan yang terindah masa aku kat Mekah dan Madinah.


About zahud

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments :

Post a Comment